TT G3K Terengganu Crew 17 Mei 2017

Teh Tarik Session atau pun biasa juga disebut TT bila mana 2 orang atau lebih berjumpa dan berkumpul di sesuatu tempat tertentu. Begitulah jua dengan kelab Kelantan Livinian atau G3K. ‘Tiada malam tanpa TT’. Ungkapan ini memang sudah sebati di kalangan ahli-ahli kelab G3K.
Pada malam semalam, 17.05.2017 bertempat di Restoran Roti Canai Mat Su (Hentian Maidam Kampung Padang Air), Kuala Nerus telah diadakan mini TT untuk ahli-ahli G3K Terengganu Crew.
TT bermula pada pukul 9.30 malam dan berakhir pada pukul 12.05 tengah malam. Walaupun kehadiran ahli-ahli G3K kurang memberangsangkan mungkin kerana keadaan tidak berapa mengizinkan tambahan pula kebanyakan ahli ada komitmen dengan kerja serta keluarga masing-masing. Namun begitu dengan kehadiran kurang lebih 10 orang ahli G3K Terengganu Crew, TT kali ini berjaya merapatkan lagi ukhwah yang terjalin selama ini antara ahli-ahli lama dan juga baru. Jika persahabatan di alam maya seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya dizahirkan pada alam realiti pastinya akan bertambah keakraban antara ahli kelab.
TT malam tadi tiada apa-apa agenda tertentu tetapi cuma sekadar untuk bertemu mata serta beramah-mesra di kalangan ahli-ahli. Bertanya khabar dan berkongsi cerita serta pengalaman di antara ahli-ahli. Masing-masing ada bermacam cerita untuk dikongsikan bersama maklumlah sudah sekian lama tak bersua muka.

Pada TT kali ini juga berlangsung sesi pendaftaran dan penyerahan borang keahlian rasmi kelab G3K. Tahniah kepada rakan-rakan livinian yang telah memilih untuk menyertai Kelab Nissan Grand Livina Kelantan. Selamat datang ke Kelantan Livinian @G3K.

Terima kasih buat Saudara Ridwan Kasim selaku coordinator TT kali ini yang juga Timbalan Ketua G3K Terengganu Crew.Tahniah buat semua ahli kelab G3K yang telah bersama-sama menjayakan mini TT pada malam tadi. Berjumpa lagi di lain TT ataupun event. In syaa Allah.
Set Kito Jange Peccoh
G3K…Kereta, Kawan dan Keluarga.
