
Kelab Nissan Grand Livina Kelantan (Kelantan Livinian@G3K) adalah kelab yang berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ppm-007-03-30072012) pada 31/7/2012. Objektif utama Kelantan Livinian (G3K) ditubuhkan adalah untuk mengumpulkan pemilik Nissan Grand Livina di Kelantan dan luar Kelantan khususnya bagi merealisasikan sebuah pertubuhan berdaftar.
Mewujudkan hubungan persahabatan, semangat setiakawan sesama ahli dan keluarga serta menjaga kebajikan ahli-ahli disamping mewujudkan jalinan ukhuwafillah antara ahli dengan rakan livinian yang lain.
Kelab Nissan Grand Livina Kelantan@Kelantan Livinian adalah BUKAN subgroup komuniti PNGL.Taraf kelab G3K adalah sebuah kelab berdaftar yang sah di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan(ROS) sebaris dengan mana-mana kelab bermotor yang berdaftar di Malaysia. Ramai di kalangan ahli-ahli yang masih beranggapan kelab kita di bawah naungan PNGL.Ini bermakna kelab Kelantan Livinian bukan dikawal oleh PNGL.Sebagai menyokong komuniti PNGL,kita bersetuju utk menggunakan ID PNGL untuk terus menjalinkan hubungan dengan rakan-rakan livinian yang lain.Semoga dengan pencerahan ini akan dapat mengubah persepsi pemikiran di kalangan ahli sama ada ahli lama dan baru.Kita amat berharap kepada semua ahli berdaftar dapat memberi KEUTAMAAN kepada kelab yang kita sertai dalam apa jua program yang dianjurkan oleh kelab sendiri atau mana-mana pihak.Sama-sama kita menaikkan nama kelab kita “Kelab Nissan Grand Livina Kelantan(Kelantan Livinian@G3K).
Harap maklum.
“Set Kito Jange Peccoh”
