Mega TT G3K Johor Crew

Mega TT G3K Johor Crew 2016

Mega TT G3K Johor Crew 2016

Mega TT G3K Johor Crew 2016
Mega TT G3K Johor Crew 2016

Tiada malam tanpa TT. Ya. Ungkapan ini sudah sinonim dengan Kelantan Livinian@G3K. TT berselang-seli saban minggu. Tidak kira yang rasmi ataupun tidak rasmi di semua negeri ataupun region (kawasan).

OK. Pada 1hb Oktober 2016, semalam telah diadakan satu Mega TT G3K Johor Crew bertempat di Rawadi Seafood, Jalan Mangga 5, Taman Kota Masai, Pasir Gudang bermula jam 9.00 malam.

Antara agenda Mega TT G3K Johor Crew untuk tahun 2016 ini adalah seperti berikut:

  • Ramah mesra antara ahli-ahli
  • Pendaftaran ahli-ahli baru
  • Perbincangan perihal Kelab
  • Memungut derma ikhlas bagi membantu yang dalam kesulitan
  • Menampal sticker Kelab
  • 25 cabutan bertuah
  • Menyambut hari kelahiran ahli
  • Penyerahan baju-baju kelab
  • Penyerahan ID ahli

Kehadiran ahli-ahli kelab sungguh memberangsangkan pada Mega TT yang julung kali diadakan pada tahun 2016 di Johor. Sebanyak 32 buah jalopy Grand Livina Kelantan Livinian berjaya dikumpulkan pada malam tadi. Ini juga bermakna 32 buah keluarga Kelantan Livinian berkumpul bertemu mata disamping dapat mengeratkan ukhwah sesame ahli kelab. Ianya amat bertepatan sekali dengan maksud 3GK iaitu “Kereta, Kawan & Keluarga”.

Mega TT G3K Johor Crew 2016
Jalopy ahli G3K yang berjaya dikumpulkan
Mega TT G3K Johor Crew 2016
Antara ahli-ahli yang hadir pada Mega TT G3K 2016

Semua ahli begitu teruja dapat beramah-mesra sambil menikmati hidangan yang sungguh menyelerakan disajikan oleh Rawadi Seafood. Restoran ini adalah antara yang paling popular di Pasir Gudang. Ianya menjadi tumpuan penggemar makanan laut dan ala-Thai.

Para ahli berserta isteri dan anak-anak masing-masing berpeluang mengenali dengan lebih dekat lagi antara satu sama lain. Inilah motif utama Mega TT G3K diadakan. Membina dan menyatukan semangat setia kawan serta mengukuhkan lagi ukhwah tanpa sempadan.

MMega TT Kelantan Livinian@G3K Johor Crew 2016
Sabar menanti hidangan istimewa Rawadi Seafood
Mega TT Kelantan Livinian@G3K Johor Crew 2016
Kaum ibu dan anak-anak dah tak sabar nak jamah hidangan
Mega TT Kelantan Livinian@G3K Johor Crew 2016
Mulakan dengan Bismillah…jemput makan semua

Agenda-agenda pada malam Mega TT sungguh menarik sekali. Penyerahan ID beserta sticker dan baju kelab untuk ahli-ahli baru. Penyerahan baju kepada ahli-ahli yang baru order ataupun tidak berkesempatan untuk mengambilnya dengan leader kawasan dek kengkangan masa.

Malam tadi juga diadakan pungutan derma ikhlas daripada ahli-ahli untuk membantu meringankan beban ahli-ahli yang di dalam kesusahan serta kesulitan.

Acara cabutan bertuah juga antara agenda yang paling seronok pada malam itu. Ramai yang mengukir senyuman sampai ke telinga kerana terpilih untuk mendapat hadiah-hadiah yang tidak kurang hebatnya. Tetapi ada juga yang mengeluh kerana tidak berjaya mendapat apa-apa hadiah pada kali ini. Biasa tu. Tahniah kepada yang berjaya terpilih dalam acara cabutan bertuah. Kepada yang tak berjaya, jangan serik untuk dating lagi pada masa akan datang.

Mega TT Kelantan Livinian@G3K Johor Crew 2016
Welcome to the club Kelantan Livinian
Mega TT Kelantan Livinian@G3K Johor Crew 2016
Terima baju kelab…boleh buat raya ni..
Mega TT Kelantan Livinian@G3K Johor Crew 2016
Baju The Spirit of G3K…terbaik ni
Mega TT Kelantan Livinian@G3K Johor Crew 2016
Yeay!Bertuah kawe male ni.
Mega TT Kelantan Livinian@G3K Johor Crew 2016
Alhamdulillah…dapat jugok ko kawe male ni…
Mega TT Kelantan Livinian@G3K Johor Crew 2016
Penyerahan tabung kutipan derma buat ahli yang memerlukan

Rasanya acara yang paling ditunggu-tunggu pada malam tadi adalah sambutan hari kelahiran ahli kelab yang kebetulan jatuh pada bulan September. Sebuah kek hari jadi yang ditempah khas untuk ahli yang terpilih kali ini. Tetapi hadiah yang paling bernilai sekali adalah tepung tawar daripada ahli-ahli yang lain. Sudah pasti menjadi kenangan terindah untuk tahun 2016.

Mega TT Kelantan Livinian@G3K Johor Crew 2016
Acara menepung tawar.Selamat hari lahir boh!
Mega TT Kelantan Livinian@G3K Johor Crew 2016
Mandi tepung malam ni Boh War!

Seterusnya acara santai-santai. Tampal sticker kelab pada jalopy. Tengok-tengok dan tilik-tilik jalopy antara ahli. Mungkin ada yang boleh dijadikan model untuk ‘menjangukkan’ lagi jalopy masing-masing. Last but not least, acara bergambar beramai-beramai di kalangan ahli buat kenang-kenangan.

Mega TT Kelantan Livinian@G3K Johor Crew 2016
Tampal sticker kelab dulu boh!
Mega TT Kelantan Livinian@G3K Johor Crew 2016
This is G3K Johor Crew
Mega TT Kelantan Livinian@G3K Johor Crew 2016
Terbaik!Set Kito Jange Peccoh!

Mega TT G3K Johor Crew 2016 berakhir dengan meriah dan jayanya. Ukhwah antara ahli bertambah erat walaupun berbeza kerjaya, tinggal berjauhan dan jarang bertemu namun tetap bersatu di bawah satu kelab yang bermottokan “Set Kito Jange Peccoh”!

Semoga bertemu lagi dilain TT atau event.

Wassalam.

 

2 thoughts on “Mega TT G3K Johor Crew”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge