Pengenalan Nombor ID Baru

Nombor ID Baru G3K

Alhamdulillah, selepas AJKT bermesyuarat dan berbincang akhirnya keputusan telah sepakat utk memilih Nombor ID seperti yang tertera “G3K (jata) 000” bagi menggantikan Nombor ID lama yang menggunakan “KL000”.

Perubahan ini tidaklah menidakkan idea dan usaha-usaha yang telah diusahakan oleh mereka yang terawal di dalam Kelab Nissan Grand Livina Kelantan, sebaliknya pembaharuan untuk menegaskan lagi bahawa kita adalah daripada G3K.

Kadang-kadang kita sendiri lupa yang kita ini daripada “KL” sebaliknya menyebut dari kelab “G3K”. Memperkuatkan ” G3K” diletakkan ditengah-tengahnya jata negeri Kelantan yang mana menjadi kebanggaan rakyat negeri Kelantan. Warna merah pada jata melambangkan keberanian dan warna putih pada tulisan melambangkan kehormonian dan keukhwahan sesama ahli.

Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli kerana AJKT menerima hampir 30 ciptaan design ID daripada ahli. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, namum demikian setiap keputusan yang dipilih mempunyai sebab musababnya. Walaupun Presiden kelab mempunyai autoriti untuk membuat keputusan, namun pemilihan dibuat adalah berdasarkan keputusan majoriti ahli mesyuarat bagi menghormati keputusan mesyuarat.

Kelab kita cara kita. Kita perlu bangga kerana mempunyai identiti kita tersendiri kerana kita ialah G3K. Walaupun bentuk ID kita berubah, namun kita tetap satu hati di bawah satu bumbung iaitu Kelantan Livinian.

Sticker Nombor ID Baru G3K
Nombor ID terbaru setelah dicetak menjadi sticker

Pemenang bagi reka cipta Nombor ID baru ini telah dimenangi oleh saudara Zulkarnain Suhaimi. Tahniah diucapkan dan terima kasih di atas komitmen yang telah diberikan.

#KeretaKawanKeluarga
#SetKitoTokPeccoh
#KelabKitaCaraKita
#BukanSekadarKelabPermotoran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge