Etika Semasa Berkonvoi

Kepada semua kenderaan / peserta konvoi.

Apabila berada di dalam sesuatu konvoi, anda hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang dan keselamatan jalan raya.

Jika anda tersekat di lampu merah, jangan risau, anda akan ditemani oleh MARSHAL untuk berkumpul semula dalam barisan konvoi.

APABILA MENDEKATI LAMPU ISYARAT (Merah)

Sila penuhkan lorong-lorong yang sedia ada. Ini bagi memastikan semua kenderaan peserta dapat melepasi lampu Hijau. Cara ini boleh juga digunakan semasa mendekati Plaza Tol. Sentiasa peka dengan arahan MARSHAL bertugas.

KENDERAAN AWAM MAHU MEMINTAS KONVOI

Jika terdapat kenderaan awam mahu memintas anda / konvoi, sila berikan laluan kepada mereka agar mereka dapat memintas. Sila berikan isyarat lampu kepada kenderaan di hadapan anda bahawa terdapat kenderaan awam mahu memintas atau memasuki barisan konvoi. Pastikan jarak selamat di antara anda dan kenderaan hadapan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Jika hendak mengisi minyak, ke tandas atau kecemasan, anda hendaklah memberi isyarat dahulu. Jangan keluar dari barisan konvoi sesuka hati kerana kenderaan konvoi lain akan mengikuti anda!

Memotong barisan adalah tidak dibenarkan sama sekali, pastikan anda berada dalam barisan dan kedudukkan yang sepatutnya dari mula hingga akhir.

Sentiasa berwaspada dengan kenderaan yang berada di hadapan dan belakang anda. Sentiasa bersabar dan disiplinkan diri semasa berada dalam posisi masing-masing. Anda hanya boleh memintas kenderaan lain untuk memasuki posisi barisan anda selepas Traffic light (Lampu Isyarat) dan tol (Plaza Tol).

Di Atas Jalanraya

Konvoi mestilah tidak mendominasi jalan raya. Jika ada yang hendak memintas sila beri kerjasama dan biarkan mereka memintas.

Jika berhenti pastikan semua kenderaan berada di bahu jalan.

Peringatan : jangan sesekali mancelah komunikasi konvoi kerana ini akan menbuatkan konvoi berada dalam keadaan kelam-kabut. 

P/s :Memintas / Memotong Kenderaan hanya dibenarkan apabila diarahkan.

Kelajuan Konvoi :

Pilot Car hendaklah berada pada jarak 20-30 saat di hadapan konvoi. Peranannya adalah utk memastikan keadaan trafik di hadapan / laluan konvoi berjalan lancar, tiada halangan dan hendaklah terus memberi laporan pada Lead Car dan seterusnya kepada Marshal yg bertugas.

Lead Car akan memperlahankan kelajuannya SELEPAS melepasi plaza tol, tujuannya supaya kenderaan-kenderaan peserta konvoi dapat memasuki semula barisan konvoi. Semua kenderaan konvoi akan mencapai kelajuan yang dibenarkan setelah Last Car/Sweeper memberitahu bahawa kesemua peserta telah melepasi plaza tol dan telah memasuki semula barisan konvoi. Perlu diingat, konvoi tidak perlu MEMBERHENTIKAN KENDERAAN selepas plaza tol semata-mata untuk menunggu semua peserta melepasi plaza tol. Begitu juga sekiranya konvoi berada di persimpangan lampu isyarat.

Peringatan: Kelajuan konvoi hendaklah tidak melepasi had kelajuan yang dibenarkan. 

Ketepatan masa :

Oleh kerana konvoi bergerak secara berkumpulan masa perlulah diikuti / dipatuhi seperti yang telah dirancang agar konvoi tidak lewat tiba ke destinasi, yang lewat perlu mengejar konvoi atau terus ke destinasi.

PENTING:

Sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan, Peserta TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI berhenti di lokasi kejadian kecuali Last Car atau Safety, Technical dan Medic Car sahaja. Ini adalah untuk keselamatan, bagi mengelakkan terjadinya kesesakan lalulintas dan kemungkinan berlakunya kemalangan yang lain.

Konvoi perlu meneruskan perjalanan sehingga ke destinasi atau mencari tempat yang selamat untuk berhenti. Last Car atau Safety Car akan berada di lokasi kejadian bagi mengawal keadaan dan akan memberi laporan kepada Control berkenaan situasi tempat kejadian dari masa ke semasa sehinggalah kes selesai dan kembali menyertai konvoi, sekiranya perlu.

Mohon kerjasama daripada semua untuk mematuhi arahan-arahan di atas supaya setiap perjalanan konvoi pergi dan balik berada dalam keadaan selamat dan lancar.

Terima kasih.

“Keranamu G3K”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge