G3K Gegar Kota Baharu

Pada 13 ogos 2016 Kelantan Livinian telah mengadakan event G3K Gegar Kota Baharu. Koordinator untuk event kali ini ialah Tuan DinJJ iaitu selaku Leader G3K Eastern Region dan juga Nik Zahuri selaku ketua Kelantan Crew.
Event kali ini adalah bersempena Himpunan Mega Kelab Kereta Pantai Timur 2016 di Stadium Sultan Mohammad ke 4 Kota Bharu anjuran Persatuan Permotoran Negeri Kelantan(PPNK).

Sebanyak 46 buah kelab kereta dengan seramai lebih 2 ribu orang ahli telah berhimpun di dalam himpunan mega ini. Tidak terkecuali Kelantan Livinian yang turut sama menyertai bagi memeriahkan lagi serta support himpunan mega ini.
Ahli-ahli G3K yang menyertai event ini berkumpul di Lembah Sireh sebelum berkonvoi ke Stadium Sultan Mohammad ke 4.


Setelah sampai di stadium, semua jalopy ahli G3K disusun begitu teratur sekali bersama-sama kereta kelab-kelab lain yang turut sama menjayakan event ini.


Disamping itu juga, G3K turut sama mengambil peluang membuka booth jualan barangan kelab sebagai cenderamata dan dalam masa yang sama dapat mempromosikan lagi Kelantan Livinian kepada umum.




Ada juga yang mengambil peluang di dalam event ini untuk mendaftar sebagai ahli rasmi Kelantan Livinian @G3K.

Ada beberapa buah jalopy ahli G3K turut serta di dalam pertandingan autoshow.

Secara keseluruhannya, G3K telah mendapat tempat ke 11 bagi kategori penyertaan kelab teramai. Boleh dikatakan satu pencapaian yang amat membanggakan untuk G3K. Sijil peyertaan juga telah disampaikan sebagai tanda sokongan G3K didalam event ini.






Tahniah buat semua ahli G3K yang telah menjayakan event kali ini. Semoga ikatan ukhwah antara ahli G3K akan terus utuh disamping dapat berbakti kepada masyarakat dengan program-program kemasyarakatan yang bakal dilaksanakan nanti.
Set Kito Jange Peccoh
G3K…Kereta, Kawan dan Keluarga
